Thursday 19 November 2015

Suhu Kereta Tiba-tiba Naik Tengah Jalan! ALAMAK! TOLONG!!

"Pada suatu hari, aku bawak la kereta kancil kecil dan comel aku ni pi jalan-jalan, tiba-tiba aku bau macam hangit je. Tengok meter temperature, rupa-rupanya meter dah tinggi melambung dah nak sampai kat merah. Aku pun apa lagi, terus la berhentikan kereta kat tepi jalan. Lepas tu, aku langsung tak tahu nak buat apa!!!!"

Berdasarkan situasi di atas,  saya akan kongsikan dengan anda apa yang perlu dibuat sekiranya suhu tiba-tiba panas (overheat) di tengah jalan. Memang la perlu hantar ke bengkel, namun, untuk memastikan sistem enjin dan radiator anda tidak rosak teruk dan tahan lama, sebaiknya anda lakukan apa yang akan saya ajarkan nanti.

Apabila suhu enjin overheat (terlampau panas), air di dalam radiator mesti akan kering punya. Jadi, sebelum anda membaca artikel ini, ada baiknya jika anda TAHU dan KENAL dahulu "Apa Itu Radiator?" [boleh klik di sini untuk baca]..

Apa yang perlu dibuat sekiranya suhu overheat?


  1. Mata sentiasa tengok meter suhu.
  2. Kalau overheat, terus berhentikan kereta di tepi jalan
  3. Buka bonet  
  4. Tunggu dalam 15 minit, buka Radiator Cap
  5. Tambah air sehingga penuh
  6. Tutup radiator cap
  7. Hantar ke bengkel terdekat

1. Mata sentiasa tengok meter suhu

Ya. Latih diri anda supaya sentiasa tengok meter suhu sewaktu anda drive. Kerana apa? Kerana jika suhu dalam keadaan overheat terlalu lama, akan menyebabkan banyak kerosakan dan anda akan mengalami banyak kerugian bila berlakunya banyak kerosakan. Jangan jadi seperti dalam situasi di atas, bila bau hangit, baru nak berhenti. JANGAN!

2. Kalau OVERHEAT, terus berhentikan kereta di tepi jalan

Apabila nampak je suhu overheat, (jika keadaan selamat), terus berhentikan kereta di tepi jalan, dan matikan enjin. Kerana kita taknak suhu itu terus naik dan naik.


3. Buka bonet

Bila suhu overheat, kita tahu pasti akan ada kesan pada air dalam sistem radiator. Kerana sistem radiator inilah satu-satunya sistem penyejukan utama sesebuah kereta. Jadi, kita mesti periksa keadaan air dalam sistem radiator. TAPI HATI!!! Jangan terus buka penutup radiator itu. Kerana ianya tersangat panas. Buka bonet dahulu untuk mempercepatkan pembebasan haba.

4. Tunggu dalam 15 minit, buka radiator cap

Hati-hati !!!! Kemungkinan dalam keadaan ini, radiator masih lagi panas. Untuk itu, anda rasa dahulu adakah ia selamat untuk dibuka atau tidak. Caranya, anda sentuh dahulu pada radiator cap anda.  Kalau panas, jangan buka lagi. Tapi kalau agak-agak panas-panas suam tu, maknanya dah boleh buka penutup radiator.


5. Tambah Air Pada Radiator

Bila overheat, confirm radiator anda akan kekeringan air. Kalau air dalam radiator tu masih penuh, maknanya ada masalah lain (dan anda perlu call foreman untuk diorang periksa). Tapi biasanya air akan berkurang. Jadi, anda tambah je air dalam sistem radiator korang termasuklah air di dalam reserved tank.  


6. Tutup Radiator Cap

Pastikan anda tutup kemas-kemas radiator cap anda.

7. Hantar ke bengkel

Terus hantar ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut. Dalam perjalanan ke bengkel tu, pastikan suhu sentiasa dalam keadaan stabil. Kalau overheat lagi, berhenti dan lakukan benda yang sama. (kecuali kalau dah dekat dengan bengkel, terus je pergi bengkel).   


Itu sahaja dari saya... Mekasih!!!!!! 

No comments:

Post a Comment