Thursday 19 November 2015

6 Tips Elakkan Kemalangan Sebab Banjir 2016

Assalamualaikum....

Hari ini 19 November 2015 bermakna, Malaysia akan mengalami angin monsun timur laut di mana akan berlakunya musim hujan lebat dan juga banjir, sehinggalah bulan Mac atau April 2016.

Pada musim banjir 2016 ini, penting bagi pemandu kereta (terutamanya pemilik kancil) supaya sentiasa periksa keadaan tayar sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Jadi, saya akan kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian kereta terbabas akibat banjir.

1. Periksa bunga tayar

Pastikan bunga tayar kereta anda berada dalam keadaan yang baik. Jika tayar dah kehausan teruk bunganya, sebaiknya batalkan/tangguhkan perjalanan tersebut atau tukar dahulu kepada tayar baru.

2. Periksa angin tayar

Angin tayar juga memainkan peranan yang penting. Walaupun tayar kereta anda masih lagi baru, kereta anda tetap berkemungkinan akan terbabas sekiranya tayar kereta anda tidak cukup angin. Saya sendiri pernah mengalami apabila saya melalui kawasan lopak air je (walaupun sikit), saya tak boleh kawal steering saya sehinggakan kadang-kadang saya hampir terbabas. Dalam beberapa minit, saya pun berhenti di stesen minyak terdekat. Rupa-rupanya tayar saya kempis tanpa saya perasan. Lepas isi angin, terus elok je kereta saya. 

3.  Bawak dalam kelajuan yang selamat

Pandulah kereta anda dengan kelajuan yang selamat. Bagi saya, 80 km per jam ke bawah dikira kejaluan yang selamat ketika musim banjir 2016 ini. Jika keadaan hujan lebat yang teramat, 60km/j adalah kelajuan yang selamat dari sebarang kemalangan.


4. Brek & Perlahankan Kereta Bila Terjumpa Lopak Air

Apabila terjumpa lopak air, cuba elakkan lopak air tersebut. Sekiranya tidak selamat untuk anda mengelak air itu, brek sedikit dan perlahankan kenderaan anda sehingga berada dalam kelajuan 20-30km/j.

5. Pastikan Wiper Berfungsi Dengan Baik

Ketika waktu hujan, wiper tersangat penting kerana pemandangan yang tidak jelas boleh menyebabkan kenderaan anda terbabas atau berlaku kemalangan dengan kenderaan lain. Jika waktu anda pandu kereta dalam keadaan hujan dan waktu itulah baru anda tahu wiper anda tak berfungsi, pandulah kereta dengan perlahan, atau berhenti je terus sehingga hujan reda.

6. Pastikan Aircon Berfungsi Dengan Baik

Walaupun seelok mana pun wiper anda, pemandangan anda ketika memandu dalam hujan tetap akan terganggu dan tidak jelas kerana apabila suhu di luar sejuk dan suhu di dalam panas, akan berlakunya proses kondensasi di mana udara-udara panas berdekatan cermin kereta (bahagian dalam) akan bertukar menjadi wap air. Dan wap air ini akan mengganggu penglihatan pemandu. Sekiranya perkara ini terjadi pada anda, mintak tolong penumpang disebelah anda tolong sentiasa lap cermin dibahagian pemandu. Atau Perlahankan kenderaan, atau anda berhenti je kenderaan anda sehingga hujan reda. .


Itu sahaja tips yang saya boleh kongsikan.

Terima kasih. 

No comments:

Post a Comment