Tuesday 17 November 2015

Apa Itu Radiator? - Sistem Penyejukan Kereta Kancil


Mungkin ada sesetengah orang yang tak tahu apa itu radiator. Takpe, jangan bimbang, ilmu saya yang Tuhan kurniakan ini untuk dikongsi dan memberi manfaat kepada orang lain. Rasanya tak salah saya berkongsi ilmu yang tak seberapa ini, tetapi mungkin sedikit sebanyak boleh membantu.

Apa itu Radiator?


Radiator ialah sistem penyejukan enjin. Sistem ini mempunyai TIGA komponen penting seperti
  • Radiator Fan (Kipas)
  • Radiator Heat Exchanger (Pemindahan Haba)
  • Radiator Pump (Pam Air)
Sebenarnya ada beberapa lagi komponen-komponen lain untuk memastikan sistem ini berjalan lancar, tapi cukup korang tahu tiga komponen ini sahaja sekadar untuk membantu anda sekiranya takut ditipu atau apa-apa masalah. Ketiga-tiga komponen ini teramat penting untuk memastikan sistem radiator berfungsi dengan baik.

Radiator Water Pump (Pam Air) berfungsi sebagai suatu komponen yang akan menggerakkan air di dalam sistem radiator itu dengan daya positif (daya satu hala). Satu hala ini bermaksud air bergerak satu hala je. Air takkan pergi bergerak ke depan dan ke belakang.

Apabila enjin dihidupkan, secara automatik Pam Air akan berjalan. Air yang melalui kawasan enjin akan menyerap haba enjin tersebut dan (oleh kerana air ini sentiasa bergerak) air ini akan membawa haba enjin ini kepada Heat Exchanger.

Heat Exchanger (Pemindah/Pembuang Haba) berfungsi sebagai pembuang haba di mana air yang membawa haba dari enjin tadi akan melalui Heat Exchanger ini. Rekabentuk Heat Exchanger yang berliku (bentuk seperti ular) ini menyebabkan pergerakan air akan sedikit SUKAR untuk bergerak dan secara tidak langsung haba-haba yang dibawa oleh air ini berpindah kepada logam khas pada Heat Exchanger tersebut.

Radiator Fan (Kipas) akan berjalan sekiranya haba(suhu) pada Heat Exchanger itu terlalu tinggi dan secara tidak langsung akan menstabilkan suhu heat exchanger tersebut dan secara tidak langsung juga, haba yang pada asalnya dihasilkan oleh enjin tadi akhirnya dibuang (dipindahkan) ke udara yang disedut oleh Radiator Fan tadi.

Kitaran ini akan terus berjalan selagi enjin masih hidup. Selagi sistem ini berjalan dengan baik, selagi itulah suhu enjin akan sentiasa stabil.


Ok. Sekarang korang dah tahu kan apa itu Radiator. Secara ringkasnya Radiator iala sistem penyejukan enjin bertujuan untuk memastikan enjin sentiasa berada pada suhu yang sejuk (stabil).


Apa Pentingnya Radiator ini?

Radiator penting untuk memastikan enjin sentiasa berada pada suhu yang stabil, sejuk ataupun selamat.

Kenapa Enjin Perlu Sejuk?

Banyak tanya betol lah, kan?
Takpe, teruskan bertanya, saya cuba menjawab berdasarkan ilmu yang saya ada.

Ok. Kenapa enjin perlu sejuk?

Sebenarnya kalau enjin sejuk, tak elok sebenarnya. Sebab performance enjin akan  berkurang. Sebenarnya sistem radiator ini untuk memastikan suhu enjin STABIL. Bukan SEJUK. Sebab itu waktu enjin masih sejuk, kipas takkan berjalan. Sebab sistem radiator ini dia tak mahu enjin ini sejuk dan tak mahu enjin ini panas. Sistem ini ingin enjin berada pada suhu yang stabil.

Kenapa Tak Boleh Terlalu Sejuk?

Bukan tidak boleh. BOLEH! Cuma performance enjin akan berkurang.

Bagaimana boleh berkurang?

Kerana Enjin berfungsi melalui pembakaran, dan pembakaran akan senang berlaku apabila enjin dalam keadaan panas. Bila pembakaran senang berlaku, minyak tak perlu tekan banyak tapi enjin tetap laju.

Itu sahaja.

Tetapi ada juga sesetengah foreman (pomen) mengatakan apabila enjin sejuk, tidak elok bergerak. Kerana sesuatu jika dipaksa berubah suhunya secara drastik, akan berlaku kerosakan seperti CRACK, RAPUH dan sebagainya.


Kenapa Tak Boleh Terlalu Panas?

Terlalu panas sering disebut "Overheat" bermakna haba terlebih. Apabila terlalu panas, sedikit sebanyak akan mengubah bentuk enjin tersebut. Sekali-sekala, takpe lagi. Tapi kalau seringkali enjin overheat, enjin anda akan mempunyai masalah.

Kebiasaanya, berubah bentuk ini bermaksud,
bentuk asal cylinder bore (tempat piston bergerak) ni betul-betul bulat dan piston tersebut betul-betul dapat masuk cylinder bore tanpa ada ruang kosong sedikit pun antara dinding cylinder bore dan juga permukaan piston. Jadi, apabila langsung tak ada ruang, letupan yang berlaku di combustion chamber akan 100% menolak piston tersebut.

Apabila seringkali overheat,
bentuk cylinder bore yang bulat tadi mungkin akan berubah menjadi sedikit BUJUR.
Apabila bentuk bujur, akan ada sedikit ruang. Dan ruang ini akan membenarkan api dari letupan di combustion chamber tadi melalui ruang ini secara tidak langsung letupan tersebut TIDAK 100% menolak PISTON dan itu sahaja sudah banyak mengurangkan performance enjin. Bukan itu sahaja yang menjadi masalah, enjin anda bertambah masalah apabila api letupan tadi akan cuba membakar MINYAK ENJIN (lubricating oil) yang berada di bahagian CRANKSHAFT dan akan mempercepatkan kekeringan minyak enjin anda. Kalau anda jenis yang tidak mengambil berat pasal kereta, anda mungkin tak menyedari minyak enjin anda dah kering dan apabila minyak ENJIN KERING, tiada lagi bahan pelincir dalam enjin anda dan secara tidak langsung menyebabkan cylinder bore anda bercalar. Daripada calar ini, akan boleh terhasil crack. Dan sebenarnya macam-macam lagi masalah yang akan berlaku. Sebab itu pentingnya menjaga suhu kereta ini. TERSANGAT PENTING!


Apa Tips Untuk Memastikan Sistem Radiator Sentiasa Dalam Keadaan Baik?

  • Pastikan air dalam radiator sentiasa penuh. Biasanya kereta kancil, walaupun setahun pun, air masih penuh lagi. Jika tak sampai sebulan, air dah habis itu bermakna ada masalah lah itu. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai ini di artikel saya ini mengenai air cepat kering
  • Sistem Radiator sangat senang dijaga. Cuma perlu tukar air radiator (kalau boleh setiap bulan sekali). Tetapi masalah kita, kita malas nak tukar air radiator. Kalau malas, boleh hantar ke bengkel, suruh pomen cuci radiator.  Kalau nak cuba tukar sendiri, boleh tengok artikel saya mengenai Cara Tukar Air Radiator.


Takde soalan dah?
Ok bagus.

Itu sahaja dari saya.
Sekian, terima kasih.

4 comments:

  1. Syamsol, Alhamdulilah tq for ur effort in writing n educating kancil users,ur blog is beautiful because u hv a good heartvto help others,May Allah rewards ur effort,Alhamdulilah Jazakumullahu khairan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boss..skrg sy kt Cameron.. Nape ye ada ASAP kuar Dr enjim..pastu air tangki spare utk radiotr kurg.

      Delete
  2. Kereta sy pon Sama,air cpt kering.apa yg harus sy lakukn,sy pmpn X pndi sgt.sy buat cek air dn tambh ble kering,tlong sy plz!

    ReplyDelete