Tuesday 17 November 2015

Pasang Turbo Di Kancil [FOR BEGINNER]

Assalamualaikum.

Sebenarnya bab-bab pasang turbo ni aku tak pernah buat. Tapi, untuk yang langsung tak tahu apa-apa pasal TURBO ini, aku boleh terangkan bagaimana sistem TURBO ini berfungsi.


Pengenalan

Perkataan TURBO berasal dari perkataan TURBINE (turbin). Perkataan TURBINE ini pasti kita dah pernah dengar bila sebut berkenaan Wind Turbine atau Water Turbine. Tak pernah dengar? Takpe, saya akan terangkan.

Turbine ini bermaksud apabila sesuatu DAYA mengenai pada bilah-bilah(blades) turbine, TURBINE itu akan berpusing. Water Turbine biasanya ada di empangan di mana air yang ditampung akan turun mengikut salurannya di mana air tersebut akan terkena pada bilah turbin lalu turbin itu akan berpusing.

Kenapa nak turbin berpusing?

Turbin ini seakan-akan seperti ELECTRIC GENERATOR yang orang-orang dulu atau orang yang menjual kat pasar malam biasa pakai. Kalau korang tak kenal jugak ELECTRIC GENERATOR, takpe, korang pergi lah ke pasar malam, cuba dengar bunyi macam enjin. Biasanya yang pakai GENERATOR ni adalah gerai yang banyak pakai eletrik seperti lampu dan kipas.

So, secara asasnya, kita tahu ELECTRIC GENERATOR ini akan dihidupkan melalui pembakaran minyak petrol. Apabila enjin berpusing, ELEKTRIK akan terhasil.

Sama juga seperti TURBIN. apabila sesuatu daya memusingkan TURBIN, lalu TENAGA KINETIK (tenaga pusingan) tadi akan ditukarkan kepada ELETRIK.

Jadi, itulah dia pengenalan untuk TURBO. Cara TURBO berfungsi boleh dikatakan sama macam TURBINE, tetapi hakikatnya TUJUAN TURBO berlainan dengan TURBINE.


Apa tujuan TURBO?

Turbo dicipta untuk memampatkan udara sepadat yang mungkin untuk dibakar bersama bahan api di dalam enjin.

Untuk apa nak padatkan udara?

Udara mempunyai OKSIGEN. Semakin banyak OKSIGEN (udara), semakin EFFICIENT sesuatu pembakaran itu,

Apabila EFFICIENT? Makin laju la kereta kita!

Jadi itu lah dia, dalam bahasa kampungnya, TURBO akan sedut angin yang sangat banyak, dan akan menghasilkan pembakaran yang EFISIEN, lalu tenaga yang dihasilkan pun akan menjadi POWER. Kereta anda pun akan jadi POWER dan LAJU.

Di manakah lokasi Turbo?

Yang ini aku tak boleh nak terangkan secara lanjut. Tapi yang pasti, TURBO terletak berdekatan dengan ENJIN.

Turbo mempunyai DUA BAHAGIAN, iaitu COMPRESSOR dan juga TURBINE.

1.Turbine

Turbine biasanya terletak selepas ekzos ENJIN.

Kenapa?

Apabila asap (gas-gas) yang dihasilkan selepas pembakaran itu melalui di laluan ekzos, asap tadi akan terkena pada TURBINE, dan TURBINE akan berpusing.

2. Compressor

Turbine dah ada di EKZOS (tempat keluar). Jadi, Compressor (pemampat) pula berada di INTAKE (tempat masuk) angin. Sebelum udara disedutkan ke enjin, udara akan dimampatkan dahulu oleh Compressor. 



Turbine + Compressor = TURBO

Ya. Betul tu. Kehebatan teknologi Turbine ini telah membantu manusia mencipta tenaga secara percuma. Kerana apa? Kerana tenaga yang digunakan untuk memusinggkan compressor, bukanlah dari eletrik (bateri). Tapi, sebenarnya TURBINE lah yang memusingkan compressor.

TURBINE dan COMPRESSOR disambungkan melalui SHAFT-SHAFT tertentu.


Secara ringkasnya perjalanan Tenaga Turbo ini

  1. Asap ekzos keluar akan terkena turbine
  2. Turbine akan berpusing dan akan memusingkan juga shaft
  3. Shaft yang disambungkan ke compressor akan turut memusingkan compressor
  4. Apabila compressor berjalan, angin makin banyak disedut dan dimampatkan.

Begitulah kitarannya takkan berhenti sehinggalah enjin dimatikan.

Harap korang semua faham lah ye. Lepas ni kalau nak minta pomen pasangkan turbo, sekurang-kurangnya anda tahu la jugak bagaimana ia berfungsi dan sekurang-kurang boleh agak la kat mana turbo terletak dan juga untuk mengurangkan risiko penipuan dari pomen. Mana la tahu kan.

Harap-harap ilmu ni berguna la pada korang.


Ada apa-apa masalah, komen la ye.

3 comments:

  1. Replies
    1. Pemahaman tu rasanya betul.. penerangan je slah.. simple.. turbo (sistem paksaan utk tujahan) @ supercharge.. fungsi yg sama.. mekanikal yg berbeza..

      Delete
  2. Nak tanya.. Kalau contoh saya pasang turbo dekat kancil 850 cc, agak agak turbo tu membantu tak untuk jalan jauh? Perak ke johor.. Biasa kalau bawak kena berhenti berhenti sejukkan enjin

    ReplyDelete