Wednesday 5 February 2014

(Sambungan) Masalah RPM Fluctuated

Ini adalah sambungan dari POST yang sebelum ni iaitu
Masalah RPM fluctuated...boleh klik disini untuk baca


Ok..selepas masalah ni muncul kembali, aku teringat pasal GAP clearance tuh..member aku cakap 0.8mm..so, aku research balik dalam GOOGLE....aku mendapati GAP yang ok adalah antara 0.05 mm hingga ke 0.15 mm....ini bermakna KAWAN aku pun sebenarnya tak tahu pasal GAP tu dan dia main hentam je...aku pulak salah faham apa yang aku stadi kat internet...so, aku yakin ini mesti masalah nilai GAP tu TAK BETOL....

tapi aku masih tak buat apa2 lagi..aku masih tak repair lagi..enjin tetap macam tu lah,, bergegar gegar, rpm naik turun naik turun...

sampailah hari ni,,

pagi tadi, pukul 10 pagi,,,aku nak pergi kerja...aku pergi la start kereta,, tapi malangnya ENGINE tak HIDUP.......

nak tak nak,,, aku terpaksa la try repair sendiri kereta aku....so, hari TU aku dah tengok macam mana member aku bukak menatang distributor tu dan menukar contact point...so aku dah tahu semua,, hari ni aku cuba nak bukak sendiri dia punya distributor tu,, dan apa yang aku plan adalah aku ingin adjust balek dia punya CLEARANCE GAP kat contact point tu....



TOOLS yang diperlukan ialah:

  1. spanar 12mm (kalau boleh cari yang senang masuk, pasal dalam kereta tu dia sempit..pakai combination konfom tak boleh bukak,, pakai L spanar boleh...T spanar pon boleh tapi kena bukak dulu lah Bateri Kereta...aku selalu pakai HINGED socket spanar sebagaimana yang dalam gambar kat bawah ni...)
  2. skru driver bunga..
  3. Feeler gauge measure (ataupun nama lain Clearance Blade, Blade Measurement, Tolok Pelarasan) ...kalau tak tahu macam mana rupanya,,jangan bimbang,, ada gambar...tengok gambar bawah ni

 p/s: Feeler gauge measure ni kadang-kadang orang tak tahu sebab jarang guna...oleh kerana itu, aku ceritalah serba sedikit mengenai FEELER GAUGE MEASURE.....feeler gauge measure ni adalah bertujuan untuk mengukur GAP antara dua benda, contoh macam contact point tu lah...
Feeler gauge measure ni menggunakan UNIT hundredths milimeter ... maksudnya kalau kat blade tu ada tertulis 15, bermaksud nilai yang sebenar adalah 0.15 milimeter..begitulah juga dengan nilai yang lain, 5 bermaksud 0.05 mm.....








ok TOOLS semua aku dah ada...

jadi bermulalah aksi aku untuk repair aku punya CONTACT POINT (first time bukak sendiri distributor nih)..


Solution #2:

  1. pertama sekali cabut dulu KABEL PLUG (spark plug harness)...pastikan ingat kedudukan cable plug tu...selalunya kat KABEL tu ada tertulis nombor...setiap kabel ada nombor...selalunya susunannya, dari kiri, 1 ,2, 3...
  2. guna spanar 12mm dan bukak BOLT pada distributor...aku punya ada SATU je bolt...bukak SATU BOLT tu,then TARIK je DISTRIBUTOR keluar...hati2 kalau ada wayar yang perlu ditanggal, tanggal je..tapi pastikan boleh sambung balik lepas dah pasang nanti.
  3. cabut KLIP pada distributor...ada dua KLIP (atas dan bawah)..caranya senang, cuma tarik je hujung klip tu...bila KLIP dah cabut, bermakna DISTRIBUTOR CAP pun boleh ditanggalkan..
  4. lepas dah tanggal dia punya DISTRIBUTOR CAP...tanggal dia punya ROTOR..senang je, tarik je ROTOR tu...
  5. tanggal cover dan akan nampaklah CONTACT POINT tu.... beginilah rupanya CONTACT POINT 
  6. longgarkan dua skru supaya kita boleh adjust dia punya GAP...(macam mana nak adjust GAP tu??, aku rasa korang boleh pikir sendiri...cuma perlu MAIN dua skru tu je..)
  7. lepas tu ambil FEELER GAUGE MEASURE dan pilih blade yang bernilai 10...dan letakkan pada GAP tu (tapi sebelum tu perlu pusingkan shaft supaya bahagian TINGGI shaft tu terkena PENANDA contact point tu dan contact point tu akan terbuka)....so aku letak feeler gauge measure berukuran 0.10mm pada GAP tu,,ternyata memang BETOL member aku buat GAP tu terlalu besar, sebab itu lah engine aku problem sampai bergegar gegar enjin...
  8. kemudian aku rasa korang dah pandai macam nak buat..letak je feeler gauge measure berukuran 10 tu pada gap tu, dan pastikan dua2 bahagian contact point tu menyentuh feeler gauge measure dan ketatkan dua skru tadi..(kalau takde FEELER GAUGE,,korang main FEEL je lah..agak2 je GAP dia tu..)
  9. akhir sekali, pasang balik semua yang ditanggalkan.



lepas dah siap semua,,,,aku pun cuba lah start kereta....


PERGHHHHHHHHHHHH,,,, berjaya!!...enjin ok macam biasa....enjin takde dah bergegar gegar..RPM mencecah 2.5k....dan bila dah panas, dia turun slow2 ke 1.3k....

so kesimpulannya disini, dalam repair/replace contact point,, GAP tu amat penting ....mesti antara 0.05mm hingga 0.15mm


mesti KORANG susah nak faham kan?? takpe, aku selitkan satu video ni untuk memudahkan korang faham...dan insyaAllah, aku akan edit balek nanti untuk tambah gambar apa yang patut supaya korang boleh NAMPAK apa yang aku cuba terangkan..

9 comments:

  1. salam....camane nak pusing shaft bg kena tempat plg tinggi tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.. pusingkan shaft tu sahaja sehingga jarak titik sentuhan (contact point) terbuka. itu sahaja.
      ada apa-apa masalah mengenai kancil, boleh tanya di sini.

      maaf lambat balas.

      sibuk dengan pelajaran. :)

      Delete
    2. Selepas pusing tu..mcm mana pulak..

      Delete
  2. Salam tuan,

    Boleh tak contact point 660 kancil ni di tukar atau convert pakai 850 elektronik?

    ReplyDelete
  3. Salam saya pon pakai kereta kancil 850 masalah nya rpm tnggi 2rpm dah panas enjin pon tetap tak trun jgk...pelaras taiming dah cuba ejas tetap tak trun jgk...knape yee naik buntu dah ni

    ReplyDelete
  4. salam tuan,kalau kerta kancil hidup boleh tapi tak lama mati balik lepas tu kena tungu baru boleh hidup balik,kenapa ea

    ReplyDelete
  5. salam tuan kancil saya model tahun 2005 dlm 2 minggu ni ada masanya enjin kereta saya tiba2 padam sendiri itu pun waktu petang sebelum enjin saya tu padam rpm dia akan turun naik 2-3kali lepas tu enjin akan padam sendiri lepas tu tunggu 5minit enjin dpt on mcm biasa dah jln seperti biasa waktu turun kerja kereta elok je xde masalah cuma bila masuk waktu petang je penyakit tu datang dan saya dah pun tukar spark plug dan kabel plug tapi masih juga berlaku keadaan tersebut..

    ReplyDelete