Thursday 6 February 2014

Cara Tukar Minyak Hitam Kancil

Tukar Minyak Hitam..inilah perkara pertama yang aku belajar mengenai maintenance kereta........masa mula2 dapat kereta, tak tahu nak buat apa....

yang aku tahu hanyalah TARIK DIPSTICK minyak hitam dan CHECK berapa banyak lagi...kalau tak cukup, tambah je minyak hitam....tapi aku sama sekali tidak tahu bagaimana nak DRAIN minyak hitam yang sedia ada,, dan ganti dengan yang baru......

TAPI sebenarnya caranya amatlah mudah sekali.....

so macam biasa, PERTAMA sekali ,,, sediakan BARANG2 dahulu....






BARANG2 yang diperlukan ialah:


  • Spanar 14mm (aku selalu guna yg jenis HINGED SOCKET SPANAR) --->WAJIB ADA
  • Minyak Silinder@Minyak Hitam (aku selalu beli yang mineral jenis CASTROL 10W-30) --->WAJIB ADA
  • Oil Filter --->OPTIONAL (tak tukar, takpe...tapi BETTER tukar terus alang-alang tukar minyak hitam) 
  •  Oil Filter Wrench --->OPTIONAL (kalau nak tukar FILTER, kena ada menatang ni..kalau takde memang tak boleh bukak kecuali tangan popeye...yang aku ada sekarang ni jenis CHAIN..chain ni kelebihannya, setiap SAIZ OIL FILTER kita boleh guna, tak kisahlah kereta proton ke, perodua ke apa ke)
  • Sarung tangan --->OPTIONAL (kalau tak nak tangan hitam, pakai sarung tangan...kalau tak pakai, memang le hitam tangan, tapi JANGAN bimbang, boleh dicuci..haha)
  • Bekas Tadahan --->OPTIONAL (kalau takde bekas tadahan, memang habis licin lantai,, perlu diketahui minyak hitam ni susah nak dihilangkan..so BETTER tadah la minyak hitam, lepas tu buang lah kat tempat yang sepatutnya...bekas tadahan tu selalunya aku ambil BOTOL minyak hitam yang sebelum ni yang dah habis digunakan,,and then ambik pisau, JUST potong bahagian tepi botol tu...aku rasa korang boleh pikir sendiri lah macam mana nak buat bekas tadahan..)
  • Corong Turas (Funnel) --->OPTIONAL (kalau takde, boleh guna botol air..senang je...potong je bahagian bawah dan buang tudung botol tersebut,,dan terhasillah corong turas buatan sendiri)









 ok barang dah cukup,,,so boleh la memulakan PEKERJAAN kita ya....






CARA-CARANYA adalah seperti berikut:



  1. First sekali, sediakan BEKAS TADAHAN dan letak  bawah BOLT saiz 14 tu (BOLT tu ORANG PUTIH panggil "OIL DRAIN PLUG",,sebabnya bila kita bukak BOLT tu, segala minyak hitam di dalam enjin itu akan keluar melalui lubang itu..dan lokasi BOLT tu berada di bawah enjin..senang je cari, sbb BOLT ni berada di LEVEL paling bawah sekali...kira macam TANGKI air kat rumah kita,,kalau nak buang air dalam tangki tu, kena bukak PAIP kat bawah TANGKI tu..kalau letak PAIP tu kat bahagian atas sedikit,,,mungkin air akan keluar juga,,,tapi akan ada tertinggal baki sedikit dalam tangki tu...sebab itu lah, ia diletakkan kat bahagian paling bawah sekali untuk memastikan semuanya keluar..rasanya benda ni tak perlu explain,,tapi dah terlanjur explain,,so layan je lah)
  2. Ambil spanar saiz 14mm, buka OIL DRAIN PLUG tadi,,dan minyak hitam dalam enjin itu akan keluar secara perlahan-lahan...bukak OIL CAP (lokasi OIL CAP berada di atas enjin..senang je cari,, tengok yang ada logo minyak..ataupun tengok gambar kat bawah yang BERNOMBOR 8),,bukak OIL CAP bertujuan untuk memastikan semua minyak tadi keluar dan bertujuan juga untuk melajukan pengeluaran minyak hitam tu (kalau orang belajar FIZIK, dia akan tahu kenapa bila bukak OIL CAP boleh melajukan pengeluaran minyak tu...sama macam TIN SUSU kat rumah...kenapa MAK kita selalu tebuk dua lubang...kenapa tak satu lubang je?? pikir-pikir la sendiri ya...takde masa nak explain kat sini..)
  3. Ok sekarang tiba masanya untuk buat kerja yang agak sukar sedikit iaitu MENUKAR OIL FILTER...tak susah pun sebenarnya..tapi yang menjadikannya susah adalah kerana ruang yang sempit.. untuk NEWBIE, better pakai OIL FILTER WRENCH yang bentuk socket punya,,saiz mesti saiz OIL FILTER kereta kancil....saiz aku tak pasti berapa MM, berapa inci....tapi kalau beli WRENCH yang jenis CHAIN,,tak kisah apa saiz.....
  4. Cara tukar oil filter senang sahaja...gunakan OIL FILTER WRENCH,, dan longgarkan OIL FILTER yang sedia ada kat enjin tu...bila dah longgar, tanggalkannya dengan cara pulas menggunakan tangan je...
  5. Bila dah tanggal, ambil OIL FILTER yang BARU,,,letak sedikit MINYAK SILINDER yang baru di jari korang,, dan sapukan pada BIBIR OIL FILTER BARU itu...ini adalah bertujuan untuk MENGELAKKAN OIL FILTER tadi terlalu KETAT sehinggakan susah nak bukak OIL FILTER untuk NEXT MAINTENANCE nanti....selepas itu, masukkan OIL FILTER BARU tadi dan pulas dengan tangan sahaja sehingga ketat...jangan TERLALU KETAT..agak-agak dah rasa ketat tu, OK LAH...jangan bimbang,, ia tidak akan LEAKING...sebab bila enjin start je,,OIL FILTER ni dia akan jadi seolah-olah tersedut ke dalam...so jangan bimbang....
  6. Ok,, sekarang boleh pergi minum-minum dulu..nak makan pun boleh...lama takpe, biar KELUAR HABIS minyak kat dalam tu...selalu kalau kat bengkel,,dia tunggu 5-10 minit je, pastu terus tuang minyak BARU...sedangkan minyak HITAM kat dalam tu belom keluar habis lagi...so sebab itulah BETTER buat sendiri...
  7. Ok,,dah siap makan minum semua...tutup OIL DRAIN PLUG tadi..pulas dengan tangan je..tak perlu rapat sangat...letak FUNNEL di lubang minyak (kat oil cap tadi),,, dan tuang sedikit minyak baru ke dalam enjin..sedikit sahaja....TUNGGU sekejap...kemudian bukak balek OIL DRAIN PLUG...kita akan nampak sebenarnya masih ada sedikit lagi minyak hitam yang belum keluar dan dengan menggunakan cara ni, minyak hitam yang tertinggal tadi akan keluar habis......
  8. Bila kita dah yakin semua minyak hitam tadi dah dibuangkan,,,baru lah kita TUTUP dan ketatkan balek OIL DRAIN PLUG tadi...
  9. Kemudian TUANG minyak yang baru ke dalam enjin...jangan sampai SATU BOTOL..isi 3/5 je dari botol tu...2/5 lagi yang tinggal dalam botol tu kita simpan..bila minyak berkurangan nanti, boleh kita gunakan baki minyak tadi dan tambah ke dalam enjin....pastikan LEVEL minyak hitam ni berada pada paras antara minimum dan maximum...senang crita kat dipstick tu, level minyak berada pada TENGAH2...itu yang terbaik...
  10. Tutup OIL CAP,,,,SIAP!!!!!!!!...


rasanya explaination kat atas tu terlalu panjang dan agak pening sedikit bagi yang masih NEWBIE lagi dalam bidang maintenance kereta...takpe takpe,,, aku akan menyimplekan(ringkaskan) lagi penerangan aku tadi..


  1. letak bekas tadahan kat bawah
  2. bukak oil drain plug
  3. sambil tunggu minyak hitam keluar, tukar OIL FILTER dulu
  4. bila dah keluar semua minyak hitam, TUTUP oil drain plug
  5. TUANG minyak hitam yang baru
  6. siap  




senang gilerrr kan?????? orang pakai kereta yang tak reti nak tukar minyak hitam, aku tak tahu lah nak cakap apa....

cuma ye lah kadang-kadang orang yang baru pakai kereta ni, dia takut nak buat apa-apa maintenance kat keretanya sebab takut rosak...mungkinlah...aku pun tak tahu...ataupun mungkin diorang malas...ataupun diorang banyak duit...

tapi takpe lah,, tak perlu difikirkan diorang..

yang penting kita ni,,kalau nak berjimat dan dijamin SELAMAT, baik buat sendiri....


sebab kalau orang lain buat,, kadang-kadang dia tak ikhlas....maklum la banyak orang hantar kereta kat dia..nak nak waktu tu MOOD dia tak berapa ok..so dia pun main buat SEKADAR OK sahaja dan BUKAN BUAT BERSUNGGUH-SUNGGUH....macam yang aku cerita tadi,, buang minyak 5 minit je, pastu terus tuang minyak baru...tak elok la tu....ok? ada faham?? malas nak explain banyak-banyak....bak kata nabil "lu pikirla sendiri"....

21 comments:

  1. Replies
    1. dah tukar minyak hitam sendiri kt rumah....tp...cmner nak dispose minyak hitam tu??

      Delete
  2. bnyk pahala share info ni. tq bro..

    ReplyDelete
  3. THANK YOU BRO
    SANGAT MEMBANTU

    ReplyDelete
  4. Terima kasih bnyk tuan..info yg berguna✌

    ReplyDelete
  5. Terima kasih bnyk tuan..info yg berguna✌

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Thx bro utk info ni. Sgt berguna!!! Sy bru je tkar minyak enjin ni...law x de info ni, alkisahmue mmg berzaman lg la nk tukar... pape pun.. thx bro... moga ilmu yg berguna ni akan dimanfaatkan utk org lain juga...

    ReplyDelete
  7. nk tanya...tukar minyak hitam kt rumah....camner nak dispose / buang minyak hitam kereta???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun nak tye soalan same

      Delete
    2. simpan dlm botol minyak hitam lama, hantar kat bengkel yg baik,diorg akan kumpulkan dan jual kat org recycle minyak hitam.

      Delete
  8. lepas tukar minyak hitam, perlu start/panaskan enjin?

    ReplyDelete
  9. salam bro,tak cite ke ttg air filter dan spark plug? nak tahu juga kancil kene tukar setiap kali tukar minyak hitam ke

    ReplyDelete
  10. Salam .nak tanya normal tak kalau minyak hitam baru tukar ,ada kesan minyak keluar bawah kerEta?

    ReplyDelete
  11. Salam .nak tanya normal tak kalau minyak hitam baru tukar ,ada kesan minyak keluar bawah kerEta?

    ReplyDelete
  12. Bro macam mana nak tanggalkan oil sump kancil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayapun sama tak tahu nak tanggal oil sump ?

      Delete