Tuesday 17 November 2015

Masalah Air Radiator Cepat Kering! TOLONG!

Masalah air radiator berkurang dengan cepat ini memang telah menjadi masalah biasa yang terjadi kepada manusia yang bergelar pemilik kereta.

Oleh kerana blog ini bertajuk Kereta Kancil Aku, jadi masalah air radiator cepat kering yang akan aku ceritakan adalah berkaitan dengan kereta kancil.

Setiap masalah mestilah dimulakan dengan mencari PUNCA dan PUNCA di sebalik PUNCA masalah tersebut. Untuk mencari PUNCA, kita mestilah mengetahui dan mengenali sistem yang berkaitan dengan masalah tersebut (dalam hal ini, kita bercakap mengenai radiator).

Untuk mengenali sistem radiator kancil, boleh KLIK DI SINI.

Kemudian,  barulah kita akan dapat memutuskan apa jalan penyelesaiannya.

Ok. Saya akan ringkaskan.
  1. Mencari PUNCA masalah
  2. Bagaimana ingin selesaikan

Punca-punca Air Radiator Cepat Kering

Leaking (Bocor)

Punca air radiator cepat kering yang selalunya biasa terjadi adalah akibat leaking (bocor). Cara-cara nak tengok di mana leaking.

1. Sapu Sabun Pada Hos Sistem Radiator tersebut
Sediakan sabun (tak kisah sabun apa, yang penting senang berbuih dan susah pecah buihnya), dan sapukan pada setiap hos radiator

2. Hidupkan Enjin dan Pastikan Aircon TUTUP
Aircon mesti dalam keadaan OFF (untuk mengelakkan kekeliruan antara air aircon dan air radiator)

3. Tengok di setiap hos radiator sekiranya ada buih yang mengembang
Jika ada buih yang mengembang, bermaksud, di situlah kebocoran yang berlaku. Untuk mengesahkan  kebocoran berlaku di situ, lihat langkah seterusnya. 

4. Tengok di bahagian bawah kereta jika ada air menitik
Tunggu sehingga enjin panas (biasanya 15 minit), supaya air dalam sistem radiator itu berjalan.
Lepas tu tengok di bahagian bawah kereta sekiranya ada air menitik, cuba cari dari mana air itu menitik.
Jika air itu menitik dari tempat yang sama di mana buih mengembang, memang sah di situlah tempat leaking (kebocoran).


ok. sekarang kita dah dapat kenalpasti hos/drain plug/komponen yang bocor dan ianya perlu ditukar.


sekarang cuba kita fikir dan cari mengapa boleh terjadi kebocoran itu?



Punca di sebalik punca, dan penyelesaian

Terdapat beberapa punca di sebalik mengapa berlakunya leaking, antaranya adalah:

  1. Kipas rosak
  2. Radiator cap rosak
  3. Pam air tidak berfungsi
  4. Thermostat rosak
  5. Komponen besi berkarat
Bermula dengan komponen yang senang dan murah dahulu.

1. Kipas (radiator fan) rosak
Kipas bertujuan untuk membuang haba yang terkumpul di Heat Exchanger ke udara luar (atmosphere). Jika haba ini tidak dapat dibuang, suhu di dalam sistem radiator akan semakin tinggi dan tinggi dan akan overheat. Secara tidak langsung, tekanan di dalam sistem radiator ini juga akan turut tinggi. Tekanan tinggi ini tadi akan mencari point yang lemah untuk dia keluar. Point yang lemah ini biasanya tempat yang berkarat, komponen yang longgar seperti drain plug dan tempat sambungan hos yang longgar.

2. Radiator cap rosak
Radiator cap bertujuan untuk mengekalkan tekanan air yang baik untuk sistem radiator. Apabila radiator cap rosak dan tidak dapat membuang tekanan yang tinggi, tekanan tinggi ini tadi akan mencari point yang lemah untuk dia keluar (sama seperti di atas). Point yang lemah ini biasanya tempat yang berkarat, komponen yang longgar seperti drain plug dan tempat sambungan hos yang longgar.

3. Pam air tidak berfungsi
Apabila pam air rosak, haba yang diserap dari enjin tidak akan dapat dipindahkan dengan sepenuhnya ke Heat Exchanger kerana tanpa pam air, AIR di dalam sistem radiator tidak akan berjalan. Ini akan menyebabkan tekanan pada kawasan-kawasan berdekatan enjin tu akan TINGGI dan
tekanan tinggi ini tadi akan mencari point yang lemah untuk dia keluar (sama seperti di atas). Point yang lemah ini biasanya tempat yang berkarat, komponen yang longgar seperti drain plug dan tempat sambungan hos yang longgar.

4. Thermostat rosak
Thermostat lebih kurang macam pam dan juga radiator cap. Thermostat akan menghalang pergerakan air sekiranya tekanan masih rendah. Apabila mencapai sesuatu tahap di mana tekanan tinggi, thermostat akan terbuka dan membenarkan laluan air. Tapi bagaimana kalau thermostat langsung tak terbuka??? Tekanan akan tinggi.

5. Komponen besi berkarat
Besi berkarat ini biasanya terjadi akibat udara di dalam sistem radiator tidak dibuang dengan baik. Udara di dalam sistem ini bila bertindakbalas dengan air, akan menghasilkan karat. Karat ini jika terkikis sedikit demi sedikit, lama-lama akan menyebabkan leaking. 



Bagaimana ingin tukar komponen tersebut? Bagaimana ingin selesaikan masalah ini?

Nasihat saya, jumpa lah orang yang berpengalaman (foreman) dan mintak tolong dia tukarkan. Apa yang saya ceritakan di atas adalah untuk membantu anda daripada tertipu oleh bengkel dan sedikit sebanyak membantu anda dalam menyelesaikan masalah kereta anda.

Apa yang boleh saya nasihatkan di sini adalah "SENTIASALAH JAGA KESIHATAN RADIATOR ANDA"

Cara Menjaga Radiator Supaya Tidak Berlakunya Leaking

Senang, setiap bulan, sentiasa tukar AIR RADIATOR. Cara-cara nak tukar air radiator boleh dilihat di artikel yang saya karang ini. KLIK SINI.  

Itu sahaja dari saya, apa-apa masalah, boleh tinggalkan komen.
 

12 comments:

  1. Tq atas ilmu... Kereta sy pn mmg ada msalah.. Tiap2 Kali kluar mesti nk kna isi air, cpt Sgt dia kering... Pastu bila isi BG penuh nmpk air karat...

    ReplyDelete
  2. kereta ayah saya ni first punca air dh kering then xtau pulak air tu dh kering so bawak jelah smpai la suhu meningkat and berasap la kete skli tngok air kering sejak tulah kete ni problem setiap kali klua kne isi air penuh2 , 10 kali klua 10 kali lah kne isi hahha stress betul , ni semua punca adik aku .. then bila dh prob aku jgak yg kne

    ReplyDelete
  3. enjin keter sy x blh start.pagi2 start bergegar.adakah punca dari spark plug?lagi satu air radiator kering.perlu ke sy buang thermostat valve tu supaya air mengalir masuk dgn baik.

    ReplyDelete
  4. enjin keter sy x blh start.pagi2 start bergegar.adakah punca dari spark plug?lagi satu air radiator kering.perlu ke sy buang thermostat valve tu supaya air mengalir masuk dgn baik.

    ReplyDelete
  5. Saya ingin berkongsi pengalaman enjin kereta berasap semasa jalan jem disebabkan ada kemalangan. Semasa itu temperature ( Suhu naik sampai H ) dan aircond menjadi panas. Selepas itu saya berhenti ditepi jalan dan tunggu sampai enjin sejuk dan baru check air. Didapati tangki air kering berpunca Motor Kipas tidak berjalan.

    Bawa pergi bengkel dan mekenik check motor kipas dengan cara mengetuk dengan besi 2, 3 kali pada motor dan selepas itu kipas berpusing semula. Dia kata boleh pakai lagi untuk sementara waktu tetapi elok tukar kerana Carbon Brush pada motor sudah haus.

    ReplyDelete
  6. Sebelum bawa ke bengkel yang berdekatan. Isi air dahulu sampai penuh di dalam tangki radiator

    ReplyDelete
  7. Kereta sy selang 3 hari kena isi air,hari ni nak blk kg..tp kedai baiki radiator semua dah tutu p..agk2 boleg sampai ke ktn ke kt..

    ReplyDelete
  8. Pertama kali fius radiator rosak ...kipas tak boleh jln..lupa pulak nak check air simpanan ...3 hari baru perasan air simpanan kosong ...so radiator bocor ...besok jumpa mekanik tukar 1 set baru radiator...al maklom lah dah pakai 5 tahun... 389000 km...!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. En azhar..brp kos tukar..? Sy baru kn pagi ni.. tu tgtgh survey2 harga tuk persediaan..😚

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Berapa nombor sesuai bagi cap radiator kancil 850?

    ReplyDelete