Tuesday 17 November 2015

Kunci Tertinggal Dalam Kereta Kancil ? ALAMAK!

Masalah kunci tertinggal dalam kereta kancil ni biasanya berlaku pada pengguna kereta kancil yang sudah rosak sistem alarmnya dan membuat keputusan untuk tidak membaiki sistem alarm tersebut dan hanya menggunakan cara lama, iaitu kunci pintu kereta dengan menggunakan anak kunci.

Ye, aku pun dah banyak kali kunci tertinggal dalam kereta ini. Maklum lah, sistem alarm dah rosak, malas pulak nak pergi hantar baiki.

Biasanya yang selalu tertinggal kunci dalam kereta ni, biasanya yang suka kunci pintu dengan cara TEKAN BUTANG KUNCI (ketika pintu terbuka), dan TUTUP je pintu itu.

Kadang-kadang, tanpa disedari, lepas dah tutup tu, tengok-tengok ANAK KUNCI KERETA ANDA ada dekat steering kereta tu! WHAT THE!!!!

Kalau kita tak pernah berpengalaman, pasti akan rasa berdebar, tak tahu apa nak buat, dan takut.

Pengalaman pertama aku terkena waktu pukul 11 malam. Waktu itu aku belajar di UniKL, dan waktu itu juga orang ramai dah balik cuti semester. Aku parking je kereta, buka pintu, tekan butang kunci, keluar dan terus tutup pintu. Lepas tutup tu, barulah perasan yang enjin masih hidup dan anak kunci masih kat dalam!! Haaaa! Mase tu memang aku tak tahu nak buat apa. Orang takde nak mintak tolong. Guard yang ada waktu tu orang perempuan!!! Oleh kerana aku tak tahu apa-apa waktu tu, aku mintak tolong dengan dia, tapi langsung takde guna, dia pun senyum dan cakap tak tahu!

Aku pun biar je kereta macam tu, aku terus naik bilik, ON LAPTOP, sempat lagi aku buka thread di internet forum. Tanya punya tanya. Macam-macam jawapan yang diberi. Ada yang suruh pecahkan cermin.

Tapi ada satu jawapan ni, dia cakap

"Ambik batang besi, jolok di tingkap macam ko selalu tengok kat TV"

Aku pun fikir. Batang besi. Mana nak cari?!

Aku pun turun balik, berlegar di kawasan kereta aku tu sambil pandang kiri kanan depan belakang atas bawah, mencari besi yang sesuai untuk dijolok.

Dalam setengah jam jugak aku berlegar tak tentu arah di kawasan tu. Tiba-tiba ada sekumpulan lelaki kelihatan baru balik dari kedai makan seberang jalan (berjalan kaki). Dia tanya aku "Kenapa bro?". Aku cakap la kunci kereta tertinggal. Dia pun "Ohh" je sambil senyum. Mungkin dia pun tak tahu apa-apa jugak kot. Dalam pada itu, aku terfikir mengenai batang besi . Aku pun tanya dia, "Bos, ada batang besi tak. Nak cuba jolok kat tingkap ni". Dia cakap takde.

Waktu tu aku pikir je apa benda yang boleh dijolokkan. Aku pun sebut semua, takde ke pembaris panjang ke apa ke bla bla bla bla.

Dia pun cakap dia ada pembaris besi panjang. Aku pun ikut pergi bilik dia.

Ambiklah pembaris besi tu.

Dengan pantas aku berlari ke kereta aku. Pergi ke bahagian driver (pemandu), dan aku pun terus jolok pembaris besi panjang tu ke dalam tingkap (celah-celah getah tingkap tu) dan atas pada tempat masuk kunci kereta tu.

Dengan sekali percubaan sahaja, "KETAKKKKK!!!!", berbunyi pintu kereta sudah UNLOCK!.

Itu lah dia pengalaman pertama aku kunci tertinggal.

Dan aku dan banyak kali tertinggal kunci dalam kereta

Selain pembaris panjang besi, anda juga boleh guna:

  1. Pembaris panjang plastik (tapi agak susah sikit lah sebab ianya lembut, tapi cuba je insyaAllah boleh)
  2. Kalau memang dah takde apa-apa barang, cabut je GETAH PLASTIK di tingkap tu, dan JOLOK je guna GETAH PLASTIK tu , insyaAllah akan terbuka.
Itu sahaja, sekian terima kasih.

Ada apa-apa tambahan atau masalah, boleh tinggalkan komen.




7 comments:

  1. Salam, encik.

    Saya juga menggunakan kereta kancil. Saya ingin bertanya, sejak kebelakangan ini saya dapati pintu kereta saya terbuka sendiri. Contohnya, saya mengunci kereta (secara manual, bukan alarm) selepas balik kerja dan pagi esoknya, saya lihat kereta saya dalam keadaan tidak berkunci. Apakah punca masalah ini? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Ada banyak kemungkinan, antaranya:
      1. Ada orang pecah masuk, atau
      2. Kemungkinan kereta cik masih ada alarm, tapi tak berfungsi. Kadang-kadang akibat electric wiring yang tak betol (atau shock) juga boleh menyebabkan kunci pintu tiba-tiba terbuka sendiri.

      Sebaiknya, perlu repair/pasang alarm pada kereta.

      Delete
    2. Rasanya memang kereta saya masih ada alarm tapi tidak digunakan kerana alarmnya rosak.
      Disebabkan itu, saya kunci secara manual. Nampaknya memang ia perlu dibaiki.

      Terima kasih atas jawapan.

      Delete
  2. Nak tanya. Cucuk ke bawak ke gerakkan kiri kanan pembaris tu? Saya try dari tadi tak boleh

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ilmunya tuan

    ReplyDelete
  4. bergantung pada jenis kereta juga. kereta dulu2 boleh le nak buat. sekarang ni dah semakin banyak safety yang dorg buat. apa2 pun semoga dipermudahkan

    ReplyDelete