Setelah sekian lama aku tidak menulis blog mengenai kereta kancil aku, hari ini, terbuka kembali hati ini untuk menulis kembali. InsyaAllah akan jadi penulis tegar kepada blog ini di dalam menyelesaikan masalah-masalah kereta kancil.
ok. maaf kali ini takde gambar, tapi aku akan update gambar nanti.
Cara-cara tukar air radiator kancil
- Buka penutup radiator
- Buka drain plug (skru untuk buang air)
- Tunggu air keluar sampai habis
- Tutup drain plug
- Isi air kosong
- Start enjin dan tunggu
- Tutup kembali penutup radiator
ok. Di atas tadi aku cerita secara ringkas mengenai cara-cara tukar air radiator kancil.
Sekarang aku akan jelaskan lebih jelas (dan aku akan sediakan gambar kemudian).
1. Buka Penutup Radiator
Penutup Radiator (Radiator Cap) |
Ok. Penutup radiator ni sebenarnya sangat penting di dalam sistem radiator. Kalau anda jenis yang sangat sayangkan kereta, sebaiknya tukarlah penutup radiator ini setahun DUA kali. Kalau boleh beli yang ORIGINAL.
Kenapa ianya penting?
Ok. penutup radiator ini berfungsi untuk menghalang air radiator daripada melimpah dan juga digunakan untuk mengisi air. Yang tu, pasti korang semua dah tahu kan. Satu lagi fungsi penutup radiator yang sesetengah orang tak tahu adalah, penutup radiator ini mempunyai satu injap (valve) yang akan terbuka apabila tekanan(pressure) di dalam sistem radiator itu tinggi. Apabila valve itu terbuka, tekanan air yang tinggi itu akan mengalir ke tangki simpanan (reserved tank). Pasti korang susah nak faham kan? Takpe, aku akan sediakan gambar kemudian. Jika injap (valve) tu rosak, tekanan tinggi dalam sistem radiator tadi tidak akan dapat dikurangkan, seterusnya akan merosakkan sistem radiator seperti ada kebocoran (leaking). Macam mana boleh berlaku leaking? Sebab tekanan tinggi tadi tak boleh keluar melalui injap penutup radiator, jadi, tekanan itu akan cari point lain untuk keluar. Bila dah ada leaking ni, memang susah nak cari kat mana bocor tu. Upah pomen pun mungkin mahal.
Penutup radiator yang nampak ringkas (simple), tapi itulah dia kejuruteraan yang ada pada penutup radiator (radiator cap).
Jadi, ini adalah LANGKAH PERTAMA iaitu BUKA PENUTUP RADIATOR. Aku rasa korang boleh fikir sendiri macam mana nak buka. Biasanya korang kena pulas ke sebelah kiri.
Radiator Yang Telah Dibuka Penutupnya |
AMARAN! Kalau enjin masih panas, jangan buka, kerana bimbang air panas akan memancut-mancut keluar terkena kulit anda, habis melecur. Kalau lelaki takpe, kalau perempuan, haihh, kesian.
panjang lebar aku explain mengenai PENUTUP RADIATOR, tapi takpe, tak rugi korang tahu benda ni. Sekarang masuk langkah nombor DUA.
2. Buka drain plug (skru untuk buang air)
Drain plug (atau dalam bahasa melayu, alamak aku tak tahu melayu. Dulu kat universiti belajar bahasa orang putih). Tapi drain plug ni sejenis SKRU PLASTIK yang terletak di BAHAGIAN PALING BAWAH RADIATOR. Anda cuba cari. Kalau tak jumpa, takpe, aku akan letakkan gambar kemudian.Drain Plug |
Drain Plug (Pemandangan Dari Atas ) - Kelihatan Drain Plug berada di bahagian bawah sekali |
Kalau anda belajar mekanikal (mechanical), bila sebut DRAIN PLUG je, anda kena tahu DRAIN ni maksudnya BUANG. Jadi bila buang, lokasinya mestilah di bahagian bawah sekali.
Drain plug ni takde apa yang istimewa sangat. Fungsinya hanya untuk MEMBUANG AIR DARI DALAM SISTEM RADIATOR. Drain Plug ni, setiap kali anda buka, cuba tengok ada tak getah pada drain plug tu. Kalau takde, cari mana getah tu, letak balik. Sebab kalau takde getah ni, akan berlaku kebocoran (leaking).
Kadang-kadang getah ni melekat kat lubang DRAIN tu, jadi kalau melekat, takpe, jangan bimbang. Kalau memang dah takde, kena beli yang baru la gamaknya. Penting ya bab-bab leaking ni. Pastikan sistem radiator anda tak leaking. PENTING!
Drain Plug Dibuka |
3. Tunggu air keluar sampai habis
Kelihatan Air Yang Keluar Jernih |
Seterusnya, anda perlu tunggu sampai air radiator keluar sampai habis. Sambil-sambil tu tengok-tengok sikit kalau air yang keluar berkarat gile, anda boleh sumbatkan paip air ke dalam lubang kat bahagian radiator cap tadi, dan pasang air kuat-kuat. Tunggu air yang berkarat yang keluar di drain plug tadi sampai ianya jadi jernih. Bila dah jernih, anda boleh alihkan paip air tadi.
4. Tutup drain plug
Macam yang aku sebutkan tadi, pastikan getah di drain plug tu ada dan tutup drain plug kemas-kemas.5. Isi Air Kosong
Oleh kerana kereta kancil ni tak menghasilkan HABA yang banyak seperti kereta Ferrari, Lancer, Evo, Civic, CRZ, jadi anda tak perlulah bersusah payah beli COOLANT yang berwarna tu. Membazir duit dan kemungkinan radiator anda pun akan bermasalah nanti. Percayalah. Gunakan sahaja AIR TAPIS. Boleh guna air paip, tapi pastikan setiap bulan, anda tukar air radiator. Tapi kalau anda ni jenis yang malas tukar air, sebaiknya guna AIR TAPIS.Ok. air tapis tadi diisikan di tempat RADIATOR CAP. Agak-agak dah penuh, isi pula di RESERVED TANK.
Reserved tank dibuka |
Ok. dah siap semua sekali, tutup PENUTUP RESERVED TANK, tapi RADIATOR CAP jangan ditutup lagi.
Reserved tank ditutup |
6. Start Enjin
Seterusnya, anda mesti Start Enjin. Jangan bimbang pasal radiator yang tak tertutup tu. Sebab air yang diisi tadi masih baru dan sejuk. Kalau anda belajar FIZIK, anda akan tahu "PRESSURE is directly proportional to TEMPERATURE", maksudnya SEMAKIN PANAS AIR, SEMAKIN TINGGI TEKANAN AIR.Jadi, AIR anda sekarang ini sejuk, so tekanan tak tinggi.
Kenapa perlu hidupkan enjin tanpa pasang Radiator Cap?
Sebab laluan radiator sistem ni sangat berliku (belok sana belok sini), jadi bila dah ada belok sana belok sini, pasti akan ada UDARA yang terperangkap dalam sistem radiator ini. Kite taknak udara ni terperangkap dalam sistem radiator. Kenapa? Sebab udara ini terkandung OKSIGEN. OKSIGEN bila react dengan metal dan air, akan terhasil KARAT. Bila karat dah teruk, boleh berlakunya kebocoran (leaking) pada sistem radiator.
Jadi bagaimana nak buang UDARA YANG DEGIL NI?
Sekali lagi mengenai FIZIK. Kita belajar sains atau fizik, pasti kita akan tahu mengenai udara yang PANAS akan naik ke atas. Jadi, bila dah ada teori tu, kita gunakannya. PANASKAN sistem radiator dengan cara menghidupkan enjin.
Yeahhh!!!! Udara yang terperangkap tadi pasti akan menggelupur dan akan keluar.
Temperature Gauge |
Cuba perhatikan meter suhu (temperature gauge) di kereta anda. Jika dah naik sampai 1/3 meter tu, cuba tengok radiator anda di bahagian radiator cap yang tak tertutup tadi. Air mula bergelembung, itu tanda udara dah mula keluar. Dan semakin lama anda akan perasan air akan disedut ke dalam. Itu bermakna air yang ada telah menggantikan tempat udara tadi. Jadi bila anda dah nampak air kurang, tambah je air tu.
Agak-agak air tu macam dah nak meletop, cepat-cepat tutup enjin. Ok, sambil tu, stand-by AIR di tangan anda untuk diisi. Sedikit demi sedikit air dalam radiator tadi seakan disedut ke dalam, dan bila air tu berkurang je, anda tambah. kurang je, anda tambah. Sehinggalah air tu dah tak berkurang.
7. Akhirnya, TUTUP PENUTUP RADIATOR
Pastikan anda tutup betol-betol, jangan ada sedikit longgar. Kalau rasa air tu panas, boleh gunakan sarung tangan atau kain.Itu sahaja, ada apa-apa masalah, boleh tinggalkan komen.
Gambar saya akan sediakan esok atau lusa...
Itu sahaja, sekian....
terima kasih.....harap membantu
ReplyDeleteGood info..mohon share bre
ReplyDeletealright..boleh..dipersilakan
DeleteGood info..mohon share bre
ReplyDeleteTq bro sgt2 membantu
ReplyDeleteTq bro sgt2 membantu
ReplyDeleteSngt jelas n terang... Thanks..
ReplyDeleteSngt jelas n terang... Thanks..
ReplyDeleteTerima Kasih ..
ReplyDeleteKalo myvi 1.3 sama je ke?
ReplyDeletesecara asasnya memang sama....kalau tak pasti, lebih baik hantar ke workshop (yg dipercayai) dahulu...tgk macam mana diorang buat..
DeleteThanks bro, Sgt membantu....
ReplyDeleteTadi baru isi air, smlm temperature Naik, lepas isi tadi air tu keluar balik belah bawah... So leaking tu dari mana? Paip atau tank air tu..mohon nasihat Dan pandangan.
Bagus artikel ni, sy belajar benda baru. btw nak tanya kalau guna air tapis tu tadi, kena tukar air radiator berapa kali dalam setahun ya memandangkan kalau guna air paip, kena tukar air radiator tu sebulan sekali kan.
ReplyDeleteAgak2 air ni nk tukar brape kali eh dlm stahun ke bulan ke. Sorry sy noob pasal kete..bru blja..
ReplyDeleteAgak2 air ni nk tukar brape kali eh dlm stahun ke bulan ke. Sorry sy noob pasal kete..bru blja..
ReplyDeleteThanks bro
ReplyDeleteInfo yg sgt berguna. Tq bro
ReplyDeleteSy ada soalan sikit nie boss..dalam tank coolant pun boss isi air tapis ke??
ReplyDeleteSy ada soalan sikit nie boss..dalam tank coolant pun boss isi air tapis ke??
ReplyDeleteThanks bro
ReplyDeleteSalam bro...
ReplyDeleteInfo yg sangat membantu
Tumpang tanya??
Bolehkah tips ini digunakan krpada Kereta KELISA AUTO?
Dan kalau x guna coolant, ikut cara tiap2 bulan ditukar air radiator adakah baik bagi radiator kereta kelisa?
Tqvm good info harap bejaya la saya buat hehehe...
ReplyDeleteMmg the best laa expalanation ni ππΌππΌ
ReplyDeletekereta saya kelisa..penutup radiator (radiator cap) tertanggal so hilang xtau pegi mana..mungkin time tgh drive x perasan..boleh saya tau kenapa boleh jadi macam tu?penutup tu longgar ke ada masalah lain?
ReplyDeleteMungkin sebab tak tutup rapat and loose. Pergi ke bengkel ke mana mana beli penutup nya. And make sure tutup nanti ketat ketat dan dgn betul.
Deleteperkongsian yang menarik.. hukum fizik pun main peranan ye bro..tebukak juga minda aku pagi ni..thank very much
ReplyDeletePakai ja 100%
ReplyDeleteTerima kasih bro atas perkongsian ini...sngt2 membantu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam bro,hose outlet yg kat bawah radiator mmg terlipat ke? mcm hose tersepit rupanya.. normal ke? ada sorg pomen kata normal sbb ruang sempit ada pula yg kata tak normal sbb hose pnjg sgt
ReplyDeletebagusss...utk org macam hamba
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt...Tn,saya nak tanya kenapa ya bila bergerak dalam beberapa kilometer tangki air(reserve)kering dan berdetak-detak bunyinya ? Apa puncanya,harap dapat membantu.Terima kasih Tn...
ReplyDeleteInfo berguna sebagai panduan..
ReplyDeleteinfo yang sangat berguna, terutamanya untuk wanita. lama dah cari info cara nak isi air dalam radiator, tp, asyik jumpa penerangan tak jelas.
ReplyDeleteterima kasih sgt admin.
Elak Bayi Kuning
Tuan nak tanya..sebaiknya air radiator ni tukar brapa lama ya?sama ada sebulan sekali atau setahun sekali..
ReplyDelete