Thursday, 19 November 2015

Air Aircon Menitik di Kaki

Air penghawa dingin (aircon) menitik di kaki adalah suatu kejadian yang biasa berlaku pada pemilik kereta seperti kereta kancil ini.

Sebelum saya menjelaskan kenapa ianya berlaku dan bagaimana ingin menyelesaikannya, saya terangkan dahulu secara ringkas mengenai bagaimana sistem penghawa dingin berfungsi.

Bagaimana Sistem Penghawa Dingin (Aircon) Befungsi?

 Sistem aircon mempunyai beberapa komponen penting seperti:
  • Compressor
  • Cooling Fan
  • Expansion Valve
  • Evaporator
  • Blower
Untuk info lanjut mengenai sistem ini berfungsi, anda boleh lihat di artikel yang akan saya kongsikan kelak.

Jadi, untuk ini, saya terangkan secara ringkas dahulu.

Tempat di mana udara sejuk dihasilkan adalah di DALAM EVAPORATOR BOX. Di dalam BOX ini, mempunyai Evaporator, A/C Drain Hole dan Blower.

Evaporator adalah tempat dimana ianya akan menerima gas-gas sejuk. Gas-gas sejuk ini akan menyebabkan udara di dalam EVAPORATOR BOX tersebut akan jadi sejuk, dan udara sejuk ini akan dibahagikan dan ditiup dengan BLOWER MOTOR seterusnya udara sejuk tersebut akan dapat dirasa oleh pemandu dan penumpang kereta.


Mengikut TEORI FIZIK, udara akan berubah bentuk kepada air apabila ianya terlalu sejuk. Begitulah yang berlaku dalam Evaporator Box di mana akan ada udara-udara yang berubah bentuk kepada air. Dan air ini akan dibuang melalui A/C DRAIN HOLE.

Ohhh, jadi air ini lah yang menitik di kaki kita?

Ya, betol.

Bagaimana boleh menitik ke kaki kita sedangkan air itu dibuang ke drain hole?

Soalan yang bagus! Secara fikir logiknya, air ini akan menitik ke kaki kita apabila air bertakung dalam Evaporator Box tersebut. 

Bagaimana boleh bertakung? 

Kemungkinan Drain Hole itu tersumbat dengan benda-benda kotor seperti habuk dan kadang-kadang tersumbat dengan serangga (lipas dan sebagainya).


 Yesss!!! That's it! Kita dah jawapannya. Drain Hole tersumbat!


Jadi, apakah jalan penyelesaiannya?

Saya akan kongsikan cara yang paling senang dan boleh digunakan ketika emergency.

Alat yang diperlukan hanyalah:
  • Lidi atau straw

Yep! Itu sahaja. Ambil lidi atau straw dan jolokkan sahaja ke lubang drain hole. Lubang drain hole ini boleh dilihat dari bonet depan kereta. Saya akan update gambar nanti untuk kesenangan korang.

Cuba start kereta dan pi jalan mana-mana. Ada air menitik ke tidak? Kalau ada, jolok lagi sehinggalah masalah selesai. 

Bagaimana jika masalah ini berulang lagi banyak kali ataupun masalah ini langsung tak selesai?

 Kemungkinan evaporator anda terlalu kotor dan ini sememangnya tidak elok untuk sistem aircon anda. Sebaiknya anda pi hantar kedai servis aircon, mintak dia servis semua sekali termasuk evaporator. Aku lupa package apa. Tapi kalau tengok package yang mahal tu, ambil je yang mahal. Itu sahaja. Terima kasih.
 

  


  

6 Tips Elakkan Kemalangan Sebab Banjir 2016

Assalamualaikum....

Hari ini 19 November 2015 bermakna, Malaysia akan mengalami angin monsun timur laut di mana akan berlakunya musim hujan lebat dan juga banjir, sehinggalah bulan Mac atau April 2016.

Pada musim banjir 2016 ini, penting bagi pemandu kereta (terutamanya pemilik kancil) supaya sentiasa periksa keadaan tayar sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Jadi, saya akan kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian kereta terbabas akibat banjir.

1. Periksa bunga tayar

Pastikan bunga tayar kereta anda berada dalam keadaan yang baik. Jika tayar dah kehausan teruk bunganya, sebaiknya batalkan/tangguhkan perjalanan tersebut atau tukar dahulu kepada tayar baru.

2. Periksa angin tayar

Angin tayar juga memainkan peranan yang penting. Walaupun tayar kereta anda masih lagi baru, kereta anda tetap berkemungkinan akan terbabas sekiranya tayar kereta anda tidak cukup angin. Saya sendiri pernah mengalami apabila saya melalui kawasan lopak air je (walaupun sikit), saya tak boleh kawal steering saya sehinggakan kadang-kadang saya hampir terbabas. Dalam beberapa minit, saya pun berhenti di stesen minyak terdekat. Rupa-rupanya tayar saya kempis tanpa saya perasan. Lepas isi angin, terus elok je kereta saya. 

3.  Bawak dalam kelajuan yang selamat

Pandulah kereta anda dengan kelajuan yang selamat. Bagi saya, 80 km per jam ke bawah dikira kejaluan yang selamat ketika musim banjir 2016 ini. Jika keadaan hujan lebat yang teramat, 60km/j adalah kelajuan yang selamat dari sebarang kemalangan.


4. Brek & Perlahankan Kereta Bila Terjumpa Lopak Air

Apabila terjumpa lopak air, cuba elakkan lopak air tersebut. Sekiranya tidak selamat untuk anda mengelak air itu, brek sedikit dan perlahankan kenderaan anda sehingga berada dalam kelajuan 20-30km/j.

5. Pastikan Wiper Berfungsi Dengan Baik

Ketika waktu hujan, wiper tersangat penting kerana pemandangan yang tidak jelas boleh menyebabkan kenderaan anda terbabas atau berlaku kemalangan dengan kenderaan lain. Jika waktu anda pandu kereta dalam keadaan hujan dan waktu itulah baru anda tahu wiper anda tak berfungsi, pandulah kereta dengan perlahan, atau berhenti je terus sehingga hujan reda.

6. Pastikan Aircon Berfungsi Dengan Baik

Walaupun seelok mana pun wiper anda, pemandangan anda ketika memandu dalam hujan tetap akan terganggu dan tidak jelas kerana apabila suhu di luar sejuk dan suhu di dalam panas, akan berlakunya proses kondensasi di mana udara-udara panas berdekatan cermin kereta (bahagian dalam) akan bertukar menjadi wap air. Dan wap air ini akan mengganggu penglihatan pemandu. Sekiranya perkara ini terjadi pada anda, mintak tolong penumpang disebelah anda tolong sentiasa lap cermin dibahagian pemandu. Atau Perlahankan kenderaan, atau anda berhenti je kenderaan anda sehingga hujan reda. .


Itu sahaja tips yang saya boleh kongsikan.

Terima kasih. 

Suhu Kereta Tiba-tiba Naik Tengah Jalan! ALAMAK! TOLONG!!

"Pada suatu hari, aku bawak la kereta kancil kecil dan comel aku ni pi jalan-jalan, tiba-tiba aku bau macam hangit je. Tengok meter temperature, rupa-rupanya meter dah tinggi melambung dah nak sampai kat merah. Aku pun apa lagi, terus la berhentikan kereta kat tepi jalan. Lepas tu, aku langsung tak tahu nak buat apa!!!!"

Berdasarkan situasi di atas,  saya akan kongsikan dengan anda apa yang perlu dibuat sekiranya suhu tiba-tiba panas (overheat) di tengah jalan. Memang la perlu hantar ke bengkel, namun, untuk memastikan sistem enjin dan radiator anda tidak rosak teruk dan tahan lama, sebaiknya anda lakukan apa yang akan saya ajarkan nanti.

Apabila suhu enjin overheat (terlampau panas), air di dalam radiator mesti akan kering punya. Jadi, sebelum anda membaca artikel ini, ada baiknya jika anda TAHU dan KENAL dahulu "Apa Itu Radiator?" [boleh klik di sini untuk baca]..

Apa yang perlu dibuat sekiranya suhu overheat?


  1. Mata sentiasa tengok meter suhu.
  2. Kalau overheat, terus berhentikan kereta di tepi jalan
  3. Buka bonet  
  4. Tunggu dalam 15 minit, buka Radiator Cap
  5. Tambah air sehingga penuh
  6. Tutup radiator cap
  7. Hantar ke bengkel terdekat

1. Mata sentiasa tengok meter suhu

Ya. Latih diri anda supaya sentiasa tengok meter suhu sewaktu anda drive. Kerana apa? Kerana jika suhu dalam keadaan overheat terlalu lama, akan menyebabkan banyak kerosakan dan anda akan mengalami banyak kerugian bila berlakunya banyak kerosakan. Jangan jadi seperti dalam situasi di atas, bila bau hangit, baru nak berhenti. JANGAN!

2. Kalau OVERHEAT, terus berhentikan kereta di tepi jalan

Apabila nampak je suhu overheat, (jika keadaan selamat), terus berhentikan kereta di tepi jalan, dan matikan enjin. Kerana kita taknak suhu itu terus naik dan naik.


3. Buka bonet

Bila suhu overheat, kita tahu pasti akan ada kesan pada air dalam sistem radiator. Kerana sistem radiator inilah satu-satunya sistem penyejukan utama sesebuah kereta. Jadi, kita mesti periksa keadaan air dalam sistem radiator. TAPI HATI!!! Jangan terus buka penutup radiator itu. Kerana ianya tersangat panas. Buka bonet dahulu untuk mempercepatkan pembebasan haba.

4. Tunggu dalam 15 minit, buka radiator cap

Hati-hati !!!! Kemungkinan dalam keadaan ini, radiator masih lagi panas. Untuk itu, anda rasa dahulu adakah ia selamat untuk dibuka atau tidak. Caranya, anda sentuh dahulu pada radiator cap anda.  Kalau panas, jangan buka lagi. Tapi kalau agak-agak panas-panas suam tu, maknanya dah boleh buka penutup radiator.


5. Tambah Air Pada Radiator

Bila overheat, confirm radiator anda akan kekeringan air. Kalau air dalam radiator tu masih penuh, maknanya ada masalah lain (dan anda perlu call foreman untuk diorang periksa). Tapi biasanya air akan berkurang. Jadi, anda tambah je air dalam sistem radiator korang termasuklah air di dalam reserved tank.  


6. Tutup Radiator Cap

Pastikan anda tutup kemas-kemas radiator cap anda.

7. Hantar ke bengkel

Terus hantar ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut. Dalam perjalanan ke bengkel tu, pastikan suhu sentiasa dalam keadaan stabil. Kalau overheat lagi, berhenti dan lakukan benda yang sama. (kecuali kalau dah dekat dengan bengkel, terus je pergi bengkel).   


Itu sahaja dari saya... Mekasih!!!!!! 

Tuesday, 17 November 2015

Masalah Air Radiator Cepat Kering! TOLONG!

Masalah air radiator berkurang dengan cepat ini memang telah menjadi masalah biasa yang terjadi kepada manusia yang bergelar pemilik kereta.

Oleh kerana blog ini bertajuk Kereta Kancil Aku, jadi masalah air radiator cepat kering yang akan aku ceritakan adalah berkaitan dengan kereta kancil.

Setiap masalah mestilah dimulakan dengan mencari PUNCA dan PUNCA di sebalik PUNCA masalah tersebut. Untuk mencari PUNCA, kita mestilah mengetahui dan mengenali sistem yang berkaitan dengan masalah tersebut (dalam hal ini, kita bercakap mengenai radiator).

Untuk mengenali sistem radiator kancil, boleh KLIK DI SINI.

Kemudian,  barulah kita akan dapat memutuskan apa jalan penyelesaiannya.

Ok. Saya akan ringkaskan.
  1. Mencari PUNCA masalah
  2. Bagaimana ingin selesaikan

Punca-punca Air Radiator Cepat Kering

Leaking (Bocor)

Punca air radiator cepat kering yang selalunya biasa terjadi adalah akibat leaking (bocor). Cara-cara nak tengok di mana leaking.

1. Sapu Sabun Pada Hos Sistem Radiator tersebut
Sediakan sabun (tak kisah sabun apa, yang penting senang berbuih dan susah pecah buihnya), dan sapukan pada setiap hos radiator

2. Hidupkan Enjin dan Pastikan Aircon TUTUP
Aircon mesti dalam keadaan OFF (untuk mengelakkan kekeliruan antara air aircon dan air radiator)

3. Tengok di setiap hos radiator sekiranya ada buih yang mengembang
Jika ada buih yang mengembang, bermaksud, di situlah kebocoran yang berlaku. Untuk mengesahkan  kebocoran berlaku di situ, lihat langkah seterusnya. 

4. Tengok di bahagian bawah kereta jika ada air menitik
Tunggu sehingga enjin panas (biasanya 15 minit), supaya air dalam sistem radiator itu berjalan.
Lepas tu tengok di bahagian bawah kereta sekiranya ada air menitik, cuba cari dari mana air itu menitik.
Jika air itu menitik dari tempat yang sama di mana buih mengembang, memang sah di situlah tempat leaking (kebocoran).


ok. sekarang kita dah dapat kenalpasti hos/drain plug/komponen yang bocor dan ianya perlu ditukar.


sekarang cuba kita fikir dan cari mengapa boleh terjadi kebocoran itu?



Punca di sebalik punca, dan penyelesaian

Terdapat beberapa punca di sebalik mengapa berlakunya leaking, antaranya adalah:

  1. Kipas rosak
  2. Radiator cap rosak
  3. Pam air tidak berfungsi
  4. Thermostat rosak
  5. Komponen besi berkarat
Bermula dengan komponen yang senang dan murah dahulu.

1. Kipas (radiator fan) rosak
Kipas bertujuan untuk membuang haba yang terkumpul di Heat Exchanger ke udara luar (atmosphere). Jika haba ini tidak dapat dibuang, suhu di dalam sistem radiator akan semakin tinggi dan tinggi dan akan overheat. Secara tidak langsung, tekanan di dalam sistem radiator ini juga akan turut tinggi. Tekanan tinggi ini tadi akan mencari point yang lemah untuk dia keluar. Point yang lemah ini biasanya tempat yang berkarat, komponen yang longgar seperti drain plug dan tempat sambungan hos yang longgar.

2. Radiator cap rosak
Radiator cap bertujuan untuk mengekalkan tekanan air yang baik untuk sistem radiator. Apabila radiator cap rosak dan tidak dapat membuang tekanan yang tinggi, tekanan tinggi ini tadi akan mencari point yang lemah untuk dia keluar (sama seperti di atas). Point yang lemah ini biasanya tempat yang berkarat, komponen yang longgar seperti drain plug dan tempat sambungan hos yang longgar.

3. Pam air tidak berfungsi
Apabila pam air rosak, haba yang diserap dari enjin tidak akan dapat dipindahkan dengan sepenuhnya ke Heat Exchanger kerana tanpa pam air, AIR di dalam sistem radiator tidak akan berjalan. Ini akan menyebabkan tekanan pada kawasan-kawasan berdekatan enjin tu akan TINGGI dan
tekanan tinggi ini tadi akan mencari point yang lemah untuk dia keluar (sama seperti di atas). Point yang lemah ini biasanya tempat yang berkarat, komponen yang longgar seperti drain plug dan tempat sambungan hos yang longgar.

4. Thermostat rosak
Thermostat lebih kurang macam pam dan juga radiator cap. Thermostat akan menghalang pergerakan air sekiranya tekanan masih rendah. Apabila mencapai sesuatu tahap di mana tekanan tinggi, thermostat akan terbuka dan membenarkan laluan air. Tapi bagaimana kalau thermostat langsung tak terbuka??? Tekanan akan tinggi.

5. Komponen besi berkarat
Besi berkarat ini biasanya terjadi akibat udara di dalam sistem radiator tidak dibuang dengan baik. Udara di dalam sistem ini bila bertindakbalas dengan air, akan menghasilkan karat. Karat ini jika terkikis sedikit demi sedikit, lama-lama akan menyebabkan leaking. 



Bagaimana ingin tukar komponen tersebut? Bagaimana ingin selesaikan masalah ini?

Nasihat saya, jumpa lah orang yang berpengalaman (foreman) dan mintak tolong dia tukarkan. Apa yang saya ceritakan di atas adalah untuk membantu anda daripada tertipu oleh bengkel dan sedikit sebanyak membantu anda dalam menyelesaikan masalah kereta anda.

Apa yang boleh saya nasihatkan di sini adalah "SENTIASALAH JAGA KESIHATAN RADIATOR ANDA"

Cara Menjaga Radiator Supaya Tidak Berlakunya Leaking

Senang, setiap bulan, sentiasa tukar AIR RADIATOR. Cara-cara nak tukar air radiator boleh dilihat di artikel yang saya karang ini. KLIK SINI.  

Itu sahaja dari saya, apa-apa masalah, boleh tinggalkan komen.
 

Apa Itu Radiator? - Sistem Penyejukan Kereta Kancil


Mungkin ada sesetengah orang yang tak tahu apa itu radiator. Takpe, jangan bimbang, ilmu saya yang Tuhan kurniakan ini untuk dikongsi dan memberi manfaat kepada orang lain. Rasanya tak salah saya berkongsi ilmu yang tak seberapa ini, tetapi mungkin sedikit sebanyak boleh membantu.

Apa itu Radiator?


Radiator ialah sistem penyejukan enjin. Sistem ini mempunyai TIGA komponen penting seperti
  • Radiator Fan (Kipas)
  • Radiator Heat Exchanger (Pemindahan Haba)
  • Radiator Pump (Pam Air)
Sebenarnya ada beberapa lagi komponen-komponen lain untuk memastikan sistem ini berjalan lancar, tapi cukup korang tahu tiga komponen ini sahaja sekadar untuk membantu anda sekiranya takut ditipu atau apa-apa masalah. Ketiga-tiga komponen ini teramat penting untuk memastikan sistem radiator berfungsi dengan baik.

Radiator Water Pump (Pam Air) berfungsi sebagai suatu komponen yang akan menggerakkan air di dalam sistem radiator itu dengan daya positif (daya satu hala). Satu hala ini bermaksud air bergerak satu hala je. Air takkan pergi bergerak ke depan dan ke belakang.

Apabila enjin dihidupkan, secara automatik Pam Air akan berjalan. Air yang melalui kawasan enjin akan menyerap haba enjin tersebut dan (oleh kerana air ini sentiasa bergerak) air ini akan membawa haba enjin ini kepada Heat Exchanger.

Heat Exchanger (Pemindah/Pembuang Haba) berfungsi sebagai pembuang haba di mana air yang membawa haba dari enjin tadi akan melalui Heat Exchanger ini. Rekabentuk Heat Exchanger yang berliku (bentuk seperti ular) ini menyebabkan pergerakan air akan sedikit SUKAR untuk bergerak dan secara tidak langsung haba-haba yang dibawa oleh air ini berpindah kepada logam khas pada Heat Exchanger tersebut.

Radiator Fan (Kipas) akan berjalan sekiranya haba(suhu) pada Heat Exchanger itu terlalu tinggi dan secara tidak langsung akan menstabilkan suhu heat exchanger tersebut dan secara tidak langsung juga, haba yang pada asalnya dihasilkan oleh enjin tadi akhirnya dibuang (dipindahkan) ke udara yang disedut oleh Radiator Fan tadi.

Kitaran ini akan terus berjalan selagi enjin masih hidup. Selagi sistem ini berjalan dengan baik, selagi itulah suhu enjin akan sentiasa stabil.


Ok. Sekarang korang dah tahu kan apa itu Radiator. Secara ringkasnya Radiator iala sistem penyejukan enjin bertujuan untuk memastikan enjin sentiasa berada pada suhu yang sejuk (stabil).


Apa Pentingnya Radiator ini?

Radiator penting untuk memastikan enjin sentiasa berada pada suhu yang stabil, sejuk ataupun selamat.

Kenapa Enjin Perlu Sejuk?

Banyak tanya betol lah, kan?
Takpe, teruskan bertanya, saya cuba menjawab berdasarkan ilmu yang saya ada.

Ok. Kenapa enjin perlu sejuk?

Sebenarnya kalau enjin sejuk, tak elok sebenarnya. Sebab performance enjin akan  berkurang. Sebenarnya sistem radiator ini untuk memastikan suhu enjin STABIL. Bukan SEJUK. Sebab itu waktu enjin masih sejuk, kipas takkan berjalan. Sebab sistem radiator ini dia tak mahu enjin ini sejuk dan tak mahu enjin ini panas. Sistem ini ingin enjin berada pada suhu yang stabil.

Kenapa Tak Boleh Terlalu Sejuk?

Bukan tidak boleh. BOLEH! Cuma performance enjin akan berkurang.

Bagaimana boleh berkurang?

Kerana Enjin berfungsi melalui pembakaran, dan pembakaran akan senang berlaku apabila enjin dalam keadaan panas. Bila pembakaran senang berlaku, minyak tak perlu tekan banyak tapi enjin tetap laju.

Itu sahaja.

Tetapi ada juga sesetengah foreman (pomen) mengatakan apabila enjin sejuk, tidak elok bergerak. Kerana sesuatu jika dipaksa berubah suhunya secara drastik, akan berlaku kerosakan seperti CRACK, RAPUH dan sebagainya.


Kenapa Tak Boleh Terlalu Panas?

Terlalu panas sering disebut "Overheat" bermakna haba terlebih. Apabila terlalu panas, sedikit sebanyak akan mengubah bentuk enjin tersebut. Sekali-sekala, takpe lagi. Tapi kalau seringkali enjin overheat, enjin anda akan mempunyai masalah.

Kebiasaanya, berubah bentuk ini bermaksud,
bentuk asal cylinder bore (tempat piston bergerak) ni betul-betul bulat dan piston tersebut betul-betul dapat masuk cylinder bore tanpa ada ruang kosong sedikit pun antara dinding cylinder bore dan juga permukaan piston. Jadi, apabila langsung tak ada ruang, letupan yang berlaku di combustion chamber akan 100% menolak piston tersebut.

Apabila seringkali overheat,
bentuk cylinder bore yang bulat tadi mungkin akan berubah menjadi sedikit BUJUR.
Apabila bentuk bujur, akan ada sedikit ruang. Dan ruang ini akan membenarkan api dari letupan di combustion chamber tadi melalui ruang ini secara tidak langsung letupan tersebut TIDAK 100% menolak PISTON dan itu sahaja sudah banyak mengurangkan performance enjin. Bukan itu sahaja yang menjadi masalah, enjin anda bertambah masalah apabila api letupan tadi akan cuba membakar MINYAK ENJIN (lubricating oil) yang berada di bahagian CRANKSHAFT dan akan mempercepatkan kekeringan minyak enjin anda. Kalau anda jenis yang tidak mengambil berat pasal kereta, anda mungkin tak menyedari minyak enjin anda dah kering dan apabila minyak ENJIN KERING, tiada lagi bahan pelincir dalam enjin anda dan secara tidak langsung menyebabkan cylinder bore anda bercalar. Daripada calar ini, akan boleh terhasil crack. Dan sebenarnya macam-macam lagi masalah yang akan berlaku. Sebab itu pentingnya menjaga suhu kereta ini. TERSANGAT PENTING!


Apa Tips Untuk Memastikan Sistem Radiator Sentiasa Dalam Keadaan Baik?

  • Pastikan air dalam radiator sentiasa penuh. Biasanya kereta kancil, walaupun setahun pun, air masih penuh lagi. Jika tak sampai sebulan, air dah habis itu bermakna ada masalah lah itu. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai ini di artikel saya ini mengenai air cepat kering
  • Sistem Radiator sangat senang dijaga. Cuma perlu tukar air radiator (kalau boleh setiap bulan sekali). Tetapi masalah kita, kita malas nak tukar air radiator. Kalau malas, boleh hantar ke bengkel, suruh pomen cuci radiator.  Kalau nak cuba tukar sendiri, boleh tengok artikel saya mengenai Cara Tukar Air Radiator.


Takde soalan dah?
Ok bagus.

Itu sahaja dari saya.
Sekian, terima kasih.

Kunci Tertinggal Dalam Kereta Kancil ? ALAMAK!

Masalah kunci tertinggal dalam kereta kancil ni biasanya berlaku pada pengguna kereta kancil yang sudah rosak sistem alarmnya dan membuat keputusan untuk tidak membaiki sistem alarm tersebut dan hanya menggunakan cara lama, iaitu kunci pintu kereta dengan menggunakan anak kunci.

Ye, aku pun dah banyak kali kunci tertinggal dalam kereta ini. Maklum lah, sistem alarm dah rosak, malas pulak nak pergi hantar baiki.

Biasanya yang selalu tertinggal kunci dalam kereta ni, biasanya yang suka kunci pintu dengan cara TEKAN BUTANG KUNCI (ketika pintu terbuka), dan TUTUP je pintu itu.

Kadang-kadang, tanpa disedari, lepas dah tutup tu, tengok-tengok ANAK KUNCI KERETA ANDA ada dekat steering kereta tu! WHAT THE!!!!

Kalau kita tak pernah berpengalaman, pasti akan rasa berdebar, tak tahu apa nak buat, dan takut.

Pengalaman pertama aku terkena waktu pukul 11 malam. Waktu itu aku belajar di UniKL, dan waktu itu juga orang ramai dah balik cuti semester. Aku parking je kereta, buka pintu, tekan butang kunci, keluar dan terus tutup pintu. Lepas tutup tu, barulah perasan yang enjin masih hidup dan anak kunci masih kat dalam!! Haaaa! Mase tu memang aku tak tahu nak buat apa. Orang takde nak mintak tolong. Guard yang ada waktu tu orang perempuan!!! Oleh kerana aku tak tahu apa-apa waktu tu, aku mintak tolong dengan dia, tapi langsung takde guna, dia pun senyum dan cakap tak tahu!

Aku pun biar je kereta macam tu, aku terus naik bilik, ON LAPTOP, sempat lagi aku buka thread di internet forum. Tanya punya tanya. Macam-macam jawapan yang diberi. Ada yang suruh pecahkan cermin.

Tapi ada satu jawapan ni, dia cakap

"Ambik batang besi, jolok di tingkap macam ko selalu tengok kat TV"

Aku pun fikir. Batang besi. Mana nak cari?!

Aku pun turun balik, berlegar di kawasan kereta aku tu sambil pandang kiri kanan depan belakang atas bawah, mencari besi yang sesuai untuk dijolok.

Dalam setengah jam jugak aku berlegar tak tentu arah di kawasan tu. Tiba-tiba ada sekumpulan lelaki kelihatan baru balik dari kedai makan seberang jalan (berjalan kaki). Dia tanya aku "Kenapa bro?". Aku cakap la kunci kereta tertinggal. Dia pun "Ohh" je sambil senyum. Mungkin dia pun tak tahu apa-apa jugak kot. Dalam pada itu, aku terfikir mengenai batang besi . Aku pun tanya dia, "Bos, ada batang besi tak. Nak cuba jolok kat tingkap ni". Dia cakap takde.

Waktu tu aku pikir je apa benda yang boleh dijolokkan. Aku pun sebut semua, takde ke pembaris panjang ke apa ke bla bla bla bla.

Dia pun cakap dia ada pembaris besi panjang. Aku pun ikut pergi bilik dia.

Ambiklah pembaris besi tu.

Dengan pantas aku berlari ke kereta aku. Pergi ke bahagian driver (pemandu), dan aku pun terus jolok pembaris besi panjang tu ke dalam tingkap (celah-celah getah tingkap tu) dan atas pada tempat masuk kunci kereta tu.

Dengan sekali percubaan sahaja, "KETAKKKKK!!!!", berbunyi pintu kereta sudah UNLOCK!.

Itu lah dia pengalaman pertama aku kunci tertinggal.

Dan aku dan banyak kali tertinggal kunci dalam kereta

Selain pembaris panjang besi, anda juga boleh guna:

  1. Pembaris panjang plastik (tapi agak susah sikit lah sebab ianya lembut, tapi cuba je insyaAllah boleh)
  2. Kalau memang dah takde apa-apa barang, cabut je GETAH PLASTIK di tingkap tu, dan JOLOK je guna GETAH PLASTIK tu , insyaAllah akan terbuka.
Itu sahaja, sekian terima kasih.

Ada apa-apa tambahan atau masalah, boleh tinggalkan komen.